Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 17 Januari 2010

Kendalikanlah Stres Anda Dengan Baik

Stress atau tekanan adalah respon tubuh dan pemikiran terhadap sesutau yang terjadi. Ia merupakan keadaan yang normal yang boleh terjadi bila sahaja dan dimana sahaja, termasuk di tempat kerja. Bagi sesetengah induvidu, stres dapat membantu mereka dari bergerak maju ke hadapan.

Namun ketahuilah bahawa stres yang berlebihan boleh mengganggu pemikiran yang realistik dan keadaan berkerja yang efisien. Oleh itu cegalah stres dengan berani dengan mengatakan ‘tidak’ menghindari orang atau situasi yang boleh stres, membuat jadual yang rapi untuk aktiviti dan banyakkan ketawa untuk mengurangkan stres.

Selain itu, anda juga boleh sediakan waktu-waktu tertentu untuk beristirihat dan relak seperti pergi hiking, jogging, membeli-belah, berjumpa dan berkumpul dengan sahabat lama, menulis diari, meluangkan masa untuk berhobi dan sebagainya. Walaubagaimanapun kita sebagai orang islam juga janganlah lupa untuk melakukan ibadat sunat kepadanya. Seperti melakukan solat sunat syukur, berpusa dan lain-lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan