Template by:
Free Blog Templates

Ahad, 23 Ogos 2009

Sabtu, 22 Ogos 2009



Teka teki

Selamat berpuasa sambil-sambil menunggu berbuka puasa, bisai tah menjawap teka teki seperti terpapar dibawah ini:- selamat mencuba

Teka teki

1. Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

2. Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

3. Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

4. Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

5. Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

6. Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

7. Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

8. Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

9. Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

10. Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

11. Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

12. Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

13. Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?


1.1 Konsep Puasa
Ø Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah dalam Islam, orang yang berpuasa juga dikehendaki:

a) meninggalkan semua perkara yang boleh membatalkan puasa,
b) meninggalkan perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, mencaci, menipu dan sebagainya.

Ø Dalam bahasa Arab, puasa disebut sebagai “as-Siam”, yang bermaksud menahan.
Ø Puasa Ramadan pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat pada malam hari.

1.2 Rukun, Kewajipan Berpuasa dan Kaifiatnya
Ø Sebagai salah satu rukun puasa, seorang Islam perlu berniat pada malam hari sebelum berpuasa.

"Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapa tidak berniat (puasa Ramadan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya." (HR. Abu Dawud) Hadis Sahih

Ø Setelah itu, seseorang yang berpuasa itu perlu menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

"...dan makan dan minumlah hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam...(Al-Baqarah: 187)

Ø Bagi orang Islam yang telah baligh, hukum berpuasa adalah wajib.
Ø Hukum puasa adalah harus bagi kanak-kanak yang belum baligh, makruh bagi orang yang belum mandi wajib sebelum terbit fajar, serta haram bagi perempuan yang dalam keadaan haid atau nifas.
Ø Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:
a) nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari
b) mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.
Ø Orang yang berpuasa wajib berniat, iaitu bagi puasa wajib hendaklah berniat sebelum terbit fajar, manakala bagi puasa sunat pula diharuskan berniat sebelum gelincir matahari.


Lafaz niat puasa yang sempurna:



Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala



Doa berbuka puasa:



Maksudnya: Ya Allah, kepadaMu aku berbuka puasa, dan dengan rezekiMu aku berbuka



Ø Orang yang berpuasa wajib menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

1.3 Fadhilat dan Hikmat Puasa
Ø Puasa dapat melahirkan peribadi yang amanah dan ikhlas, serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. Puasa dapat memberikan kecerdasan fikiran dan membantu kita menjaga kesihatan badan.
Ø Puasa dapat menimbulkan rasa insaf terhadap penderitaan orang miskin, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang yang kurang bernasib baik. Keadaan ini akan melahirkan rasa simpati dan mendorong kita untuk menghulurkan bantuan.
Ø Puasa dapat menguatkan ketahanan jiwa serta dapat menjadi benteng yang mengawal kita daripada godaan nafsu.
Ø Puasa melatih diri kita bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad, sebaliknya menanam sifat perpaduan kerana bersama-sama menunaikan kewajipan yang sama.

1.4 Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Ø Perkara-perkara sunat puasa:

a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu

Ø Perkara-perkara makruh puasa

a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah

Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Ø Hari-hari sunat puasa:

a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura)
d) 6 hari pada bulan Syawal
e) Hari Isnin dan Khamis

Ø Hari-hari diharamkan puasa:

a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

1.5 Keistimewaan Puasa Ramadan
Ø Kelebihan orang yang berpuasa ialah:

a) Allah sendiri yang akan memberikan orang yang berpuasa itu ganjaran pahala puasanya.
b) Orang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu gerbang yang dikenali sebagai Rayyan, yang disediakan oleh Allah
c) Dapat menghapuskan dosa yang lalu disamping mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah
Ø Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu:
a) kegembiraan ketika berbuka puasa
b) kegembiraan ketika berjumpa Allah S.W.T. di akhirat kelak

1.6 Adab-adab Berpuasa
Ø Berbuka puasa apabila telah masuk waktu Maghrib.
- disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air sahaja, setelah itu baru melaksanakan solat.
- tetapi jika makan malam telah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
- berbuka dengan doa: "telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud, insyaAllah.
Ø Sahur dilambatkan sehingga mendekati subuh. Jika tengah makan atau minum sahur lalu mendengar azan Subuh, maka sahur masih boleh diteruskan sehingga selesai. Imsak tiada sunnahnya dan tidak diamalkan pada zaman sahabat dan para tabi'in.
Ø Banyakkan bersedekah.
Ø Mengerjakan solat terawih pada malam-malam Ramadan.
Ø Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar terutama pada sepuluh malam terakhir.
Ø Mengerjakan iktikaf pada sepuluh malam terakhir.
Ø Mengerjakan umrah.
Ø Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.