Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Tik…tak…tik…tak….bunyi jam dibilikku berjalan pelan
Menujukan tepat pukul 2400
Selamt tinggal tahun 2009
Dan selamat datang Tahun baru 2010


Minum kopi di cawan
Cawan nya berwarna biru berkilauan
HEPI New YeaR saya ucapkan
wahai ahli blogger sekalian.

Kami Sekeluarga mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun baru menjadi awal yang indah dalam melangkah di hidup ini.

Isnin, 28 Disember 2009

HIKING PART 2 MENUJU BUKIT KARAMUTING










Sabtu, 26 Disember 2009

Air Mata Nabi Adam‏ a.s

Air Mata Nabi Adam‏ a.s
Semenjak Nabi Adam a.s terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, 'Sedap sungguh air ini..'

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, 'Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.'

Apa Yang Akan Ditanya :-

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, 'Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?

Lalu dijawab :

'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat..
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

Wassalam.

HIKING KE PUCAK BUKIT LAUR, IMPIAN DAH TERCAPAI











Ahad, 20 Disember 2009

HB'S FAMILIES DAY AT GREEN BEACH MUARA




AKTIVITI DI TASEK LAMA



AKTIVITI BULAN DISEMBER

Ulangtahun perkahwinan ke 25 tahun-3/12
birthday for my sons. Mohd and Amir sama date 9/12

Ahad, 6 Disember 2009


PHOTO LAWATAN KG KG AYER BERSAMA JEPUN 20/11/2009

Rabu, 21 Oktober 2009

SEPATAH KATA DARI MYYUS4117

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar

PENJUAL YANG SUKSES MERASAKAN BAHWA MENJUAL ITU MENYENANGKAN

Penjual yang sukses adalah mereka yang menjadikan segala aktiviti penjualan sebagai kegiatan yang menyenangkan, jika dagangan laris dijual. Dalam musim buah ketika ini pondok atau terdirinya payong besar berkembang ditepi jalan dan dimana mana yang bersesuaian, bau buah-buahan terhidu terutama nya buah durian (raja buah/king fruit).

Orang yang memilik pulau buah sangat gembira dan senang hati mendapat rezeki lebih dan menikmati hasil panat lelah menunggu sekian lama. Bebaloi juga x ah... mengisi masa.boring.com. hehehe

Selasa, 20 Oktober 2009

UNTUK RENUNGAN BERSAMA DI BULAN ZULKAEDAH

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlukis pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah prikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini karena setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

TAKE TIME

TAKE TIME

Take time to work, it is the price of success
Take time to meditate, it is the price of power
Take time to play, it is the secret of perpetual youth
Take time to read, it is the way to knowledge
Take time to be friendly, it is the road to happiness
Take time to laugh, it is the music of the soul
Most importantly, take time to love and be loved

Selasa, 22 September 2009


http://myyus4117.blogspot.com/

Ahad, 13 September 2009

Selasa, 8 September 2009

LAWATAN KE KG, MAPOL ULU TUTONG MUKIM RAMBAI.


17 RAMADHAN 1430 BERSAMAAN 07 SEPTEMBER 2009.
Satu rombongan terdiri daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan terdiri dari lebih kurangan 50 orang mengadakan lawatan ke Kg. Mupol Ulu Tutong.

Rombongan tersebut berkumpul di Balai Bomba Lamumin pada 7/9/2009. Dan kami bertolak kira-kira jam 1130 menuju ke kg Mupol.

Singgah ke Masjid Kg. Benutan untuk menunaikan solat fardhu Zohor.

Ahad, 23 Ogos 2009

Sabtu, 22 Ogos 2009



Teka teki

Selamat berpuasa sambil-sambil menunggu berbuka puasa, bisai tah menjawap teka teki seperti terpapar dibawah ini:- selamat mencuba

Teka teki

1. Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

2. Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

3. Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

4. Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

5. Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

6. Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

7. Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

8. Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

9. Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

10. Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

11. Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

12. Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

13. Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?


1.1 Konsep Puasa
Ø Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah dalam Islam, orang yang berpuasa juga dikehendaki:

a) meninggalkan semua perkara yang boleh membatalkan puasa,
b) meninggalkan perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala puasa seperti mengumpat, berbohong, mencaci, menipu dan sebagainya.

Ø Dalam bahasa Arab, puasa disebut sebagai “as-Siam”, yang bermaksud menahan.
Ø Puasa Ramadan pula bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat pada malam hari.

1.2 Rukun, Kewajipan Berpuasa dan Kaifiatnya
Ø Sebagai salah satu rukun puasa, seorang Islam perlu berniat pada malam hari sebelum berpuasa.

"Diriwayatkan dari Hafshah, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : Barangsiapa tidak berniat (puasa Ramadan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya." (HR. Abu Dawud) Hadis Sahih

Ø Setelah itu, seseorang yang berpuasa itu perlu menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

"...dan makan dan minumlah hingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam...(Al-Baqarah: 187)

Ø Bagi orang Islam yang telah baligh, hukum berpuasa adalah wajib.
Ø Hukum puasa adalah harus bagi kanak-kanak yang belum baligh, makruh bagi orang yang belum mandi wajib sebelum terbit fajar, serta haram bagi perempuan yang dalam keadaan haid atau nifas.
Ø Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:
a) nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari
b) mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.
Ø Orang yang berpuasa wajib berniat, iaitu bagi puasa wajib hendaklah berniat sebelum terbit fajar, manakala bagi puasa sunat pula diharuskan berniat sebelum gelincir matahari.


Lafaz niat puasa yang sempurna:



Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala



Doa berbuka puasa:



Maksudnya: Ya Allah, kepadaMu aku berbuka puasa, dan dengan rezekiMu aku berbuka



Ø Orang yang berpuasa wajib menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

1.3 Fadhilat dan Hikmat Puasa
Ø Puasa dapat melahirkan peribadi yang amanah dan ikhlas, serta menjadikan kita hamba yang bersyukur. Puasa dapat memberikan kecerdasan fikiran dan membantu kita menjaga kesihatan badan.
Ø Puasa dapat menimbulkan rasa insaf terhadap penderitaan orang miskin, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang yang kurang bernasib baik. Keadaan ini akan melahirkan rasa simpati dan mendorong kita untuk menghulurkan bantuan.
Ø Puasa dapat menguatkan ketahanan jiwa serta dapat menjadi benteng yang mengawal kita daripada godaan nafsu.
Ø Puasa melatih diri kita bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad, sebaliknya menanam sifat perpaduan kerana bersama-sama menunaikan kewajipan yang sama.

1.4 Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Ø Perkara-perkara sunat puasa:

a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu

Ø Perkara-perkara makruh puasa

a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah

Ø Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a) makan dan minum dengan sengaja
b) mengeluarkan air mani dengan sengaja
c) haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d) muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e) melakukan persetubuhan
f) gila walaupun sebentar
g) murtad
h) berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Ø Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a) Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b) Bersuntik
c) Tidur walaupun sepanjang hari
d) Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e) Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Ø Hari-hari sunat puasa:

a) pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b) pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c) pada 10 Muharram (hari Asyura)
d) 6 hari pada bulan Syawal
e) Hari Isnin dan Khamis

Ø Hari-hari diharamkan puasa:

a) Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b) Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c) Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

1.5 Keistimewaan Puasa Ramadan
Ø Kelebihan orang yang berpuasa ialah:

a) Allah sendiri yang akan memberikan orang yang berpuasa itu ganjaran pahala puasanya.
b) Orang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu gerbang yang dikenali sebagai Rayyan, yang disediakan oleh Allah
c) Dapat menghapuskan dosa yang lalu disamping mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah
Ø Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu:
a) kegembiraan ketika berbuka puasa
b) kegembiraan ketika berjumpa Allah S.W.T. di akhirat kelak

1.6 Adab-adab Berpuasa
Ø Berbuka puasa apabila telah masuk waktu Maghrib.
- disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air sahaja, setelah itu baru melaksanakan solat.
- tetapi jika makan malam telah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
- berbuka dengan doa: "telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud, insyaAllah.
Ø Sahur dilambatkan sehingga mendekati subuh. Jika tengah makan atau minum sahur lalu mendengar azan Subuh, maka sahur masih boleh diteruskan sehingga selesai. Imsak tiada sunnahnya dan tidak diamalkan pada zaman sahabat dan para tabi'in.
Ø Banyakkan bersedekah.
Ø Mengerjakan solat terawih pada malam-malam Ramadan.
Ø Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar terutama pada sepuluh malam terakhir.
Ø Mengerjakan iktikaf pada sepuluh malam terakhir.
Ø Mengerjakan umrah.
Ø Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.

Ahad, 12 April 2009

Pengukuh Jiwa Penenang Batin

Pengukuh Jiwa Penenang Batin
Oleh: Zaafarani Zahirul Haq

1. Aku Harus Sedia Menghadapi Hidup Ini, Apapun Yang Terjadi.
Hidup di dunia ini hanya satu kali, aku tak boleh gagal dan sia-sia tanpa guna.
Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar, perkara apapun yang terjadi kuserahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik bagiku.
Aku harus selalu sedar sepenuhnya bahawa yang terbaik menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah SWT. Bahkan sangat mungkin aku terkecoh oleh keinginan dan harapanku sendiri.
Pengetahuan tentang diriku atau tentang apapun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya, Dia tahu awal, akhir dan segala-galanya.
Sekali lagi betapapun aku sangat menginginkan sesuatu, tetap hatiku harus kupersiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku Harus Rela Dengan Kenyataan Yang Terjadi
Bila sesuatu terjadi, yaa..... inilah kenyataan dan episod hidup yang harus kujalani.
Aku harus menikmatinya, dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterus-terusan, kecewa, bermurung, sakit hati tidak akan merubah apapun selain menyengsarakan diriku sendiri, muram begini, tak muram juga tetap begini
Hatiku harus realistik menerima kenyataan yang ada, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
Bila nasi telah menjadi bubur, maka aku harus mencari ayam, cakueh, kacang peas, kicap, salad, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam special tetap dapat kunikmati.

3. Aku Tak Boleh Mempersukarkan Diri
Aku harus yakin bahawa hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus, pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitupun masalah yang menimpaku pasti ada akhirnya, aku harus penuh sabar menghadapinya.
Akupun harus yakin bahawa setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan amat cermat olehNya tak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Aku tak boleh menzalimi diriku sendiri, dengan fikiran buruk yang mempersukar dan menyengsarakan diri, fikiranku harus tetap jernih, terkendali, tenang dan proporsional, aku tidak boleh terjebak memperbesarkan masalah.
Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak dapat menyelesaikan bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus dengan tegar kuhadapi dengan baik, aku tidak boleh menyerah, aku tidak boleh kalah.
Mesti segala sesuatu akan ada akhirnya, begitupun persoalan yang kuhadapi seberat apapun seperti yang dijanjikan Allah dalam Surah Asy-Syarh Ayat 5 – 8;



"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."

Janji yang tak pernah mungkin dimungkiri oleh Allah SWT.

4. Evaluasi Diri
Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah SWT, dan Allah tak mungkin berbuat sesuatu yang sia-sia.
Pasti ada hikmah dibalik setiap kejadian, sepahit apapun pasti ada kebaikan yang terkandung didalamnya, bila disikapi dengan sabar dan benar.
Harus kurenungkan mengapa Allah mentakdirkan semua ini menimpaku, boleh jadi peringatan atas dosa-dosa kita, kelalaianku atau mungkin, saat kenaikan kedudukanku disisi Allah.
Mungkin aku harus berfikir keras untuk menemukan kesalahan yang kuperbaiki.
Setiap kejadian bagai cermin peribadiku, aku tak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang telah terjadi, yang penting kini aku mengetahui diriku yang sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah Satu-Satunya Penolongku
Aku harus yakin kalaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku tidak mungkin terjadi apapun tanpa izinNya.
Hatiku harus bulat total dan yakin seyakin-yakinnya, bahawa hanya Allahlah satunya-satunya yang dapat menolong memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.
Tidak ada yang mustahil bagiNya, kerana segala-galanya adalah milikNya, dan sepenuhnya dalam kekuasaanNya.
Tidak ada yang dapat menghalangi jikalau Dia akan menolong hamba-hambaNya, Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya.
Oleh kerana itu aku harus benar-benar berjuang, berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan apapun yang disukaiNya dan melepaskan hati ini dari ketergantungan selainNya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dariNya.
Ingatlah selalu janjiNya "Barangsiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Kuberi reieki / pertolongan dari tempat yang tidak terduga, dan barangsiapa yang bertawakal kepadaKu, Nescaya akan Kucukupi segala keperluannya". ( At-Talaaq : 2 - 3 )

Semuga 5 kunci diatas dapat menenangkan hati yang sedang galau, cemas, was-was, khuatir yang berlebihan dan pengobat stress. Ingat hanya dengan zikrullah / mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Sabtu, 11 April 2009

JANGAN BACA!!

JANGAN BACA..!!

Jangan baca artikel ini. Kenapa and abaca?? Ini merupakan ayat ke-3 anda baca. Kenapa anda meneruskan bacaan anda? Anda tak akan mendapat apa-apa jika ingin terus membaca statement ini. Sila berhenti membaca. BERHENTI!!!!

HUH…!! Anda lagi. Masih tetap mahu membaca? Perhatian!! Jangan baca!! Sila berhenti! Anda bijak bukan?? Ayat sesenang dan sesimple ini terlalu mudah untuk difahami. JANGAN BACA ARTIKEL INI!!! Oooiiii..!! tak paham ke….?? Ada yang tak kena pada diri anda? Setelah belajar berkurun lama tetapi tidak dapat mengawal disiplin diri anda untuk mematuhi arahan ini. Perasaan ingin tahu? Itukah yang menguasai anda sekarang? Tapi ingat! Jangan salahkan saya jika sesuatu terjadi kepada anda selepas membaca artikel ini. Saya beritahu, sia-sia jika anda teruskan bacaan ini!

Apa? Anda lagi sekali? Orang macam ni pun ade ker…?hisy…! Jadi tak guna saya memaksa anda. Kalau itu mahunya anda….saya terpaksa berterus-terang tapi buat sekian kalinya saya menyeru kepada anda…BERHENTI DARIPADA MEMBACA ARTIKEL INI…..!!

Sekarang semuanya sudah terbongkar! Anda telah kehilangan sesuatu yang berharga dengan membaca artikel ini. Masih tak percaya? Percaya atau tidak bahawasanya anda telah kehilangan satu minit enam puluh saat masa anda!! TERTIPU?? Eiii….geramnnyeerr…marah? Terasa diri diperkotak-katikkan? Salah anda! Jangan salahkan saya. Saya telah beri amaran kepada anda supaya…JANGAN BACA! JANGAN BACA ARTIKEL INI!!! BERHENTI DARIPADA MEMBACA ARTIKEL INI!! Masih ingin teruskan? Jika ye…ketahuilah bahawasanya anda seorang yang….hipokrit, degil, n tak berdisiplin. Jika anda menghabiskan bacaan ini bermakna anda gagal dalam ujian ini…HAHAHAHAHAHAHAA!!!!!....